Make your own free website on Tripod.com

 

Apam Kukus

 

Bahan Bahannya:

  • 2 biji telur
  • 125 gm gula halus
  • 250 gm tepung halus (softasilk)
  • 1 sudu besar overlette
  • 150 gm susu cair
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 susu teh esen vanila
  • sedikit pewarna kuning & merah

Cara membuatnya:

Pukul telur dengan gula hingga kembang, masukkan ovalette dan pukul lagi kemudian masukkan susu cair sambil dikacau hingga sebati.

Ayakkan tepung serta baking powder ke dalam adunan telur, gaulkan hingga rata dan masukkan esen vanila sambil digaul lagi.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan. Sediakan acuan kecil di dalam tempat pengukus. Didihkan pengukus terlebih dahulu untuk selama 10 - 15 minit. Masukkan adunan tersebut dan kukus hingga masak.