Make your own free website on Tripod.com

 

Buahulu Lapis Jem

 

Bahan Bahannya:

  • 20 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sedikit esen vanila
  • 1 botol jem blackcurrent
  • 1 sudu besar mentega atau minyak sapi untuk disapu ke atas lapisan buahulu
  • Ceri secukupnya untuk hiasan

Cara Membuatnya:

Pukul hingga kembang putih telur, setelah itu masukkan gula, kuning telur serta esen vanila kemudian dipukul hingga kembang.

Masukkan tepung sedikit sedikit ke dalam adunan sambil digaul hingga rata. Bakar adunan selapis demi selapis iaitu 3 senduk kecil setiap lapisan. Bila lapisan itu telah masak bolehlah diangkat serta disapukan mentega dan selepas itu sapukan jem pula dan buat lapisan lain diatasnya. Ulangi proses itu hingga selesai.

Sesudah itu bolehlah dihiaskan dengan ceri di bahagian atasnya.