Make your own free website on Tripod.com

 

Kacang Goreng Bertepung

 

Bahan Bahannya:

  • Minyak untuk menggoreng
  • 3 biji telur ayam
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu garam ( ikut rasa )
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 kg Kacang Tanah
  • 300 gm Tepung Gandum

Cara Membuatnya:

Pukul telur, garam, gula dan bawang putih dalam satu bekas. Masukkan kacang tanah dan kacau hingga rata, masukkan pula tepung gandum dan tepung jagung & gaul hingga sebati. Goreng dalam minyak yang sederhana panas.