Make your own free website on Tripod.com

 

Kerabu Ikan Kembung

 

Bahan Bahannya:

  • 6 ekor ikan kembung digoreng sampai garing
  • 6 ulas Bawang merah dihiris nipis
  • 2 biji cili merah dicincang halus
  • 4 biji cili padi dihiris
  • cawan kacang tanah digoreng dan ditumbuk
  • 2 biji mangga muda (masam) dan dihiris nipis-nipis
  • Jus dari 2 -3 biji limau nipis
  • 1 kuntum bunga kantan dihiris
  • Segenggam daun pudina di cincang halus
  • 3 camca besar sos ikan
  • 1 camca kecil gula
  • 1 batang serai dihiris nipis

Cara Membuatnya:

Ikan diasingkan tulang dan di kopek-kopek isinya lalu digaulkan semua bahan-bahan di atas. Sajikan segera.