Make your own free website on Tripod.com

 

Ikan Kerapu Kukus

 

Bahan Bahannya:

  • 1 ekor ikan Kerapu berat kira-kira 500gm atau ikan-ikan yg sesuai dibuat stim
  • 50 gm serai
  • 5 gm cili padi
  • 3 gm cili merah
  • 3 gm cili hijau
  • 100 gm ketumbar
  • 30 gm bawang putih
  • air limau nipis, gula, sos ikan secukup rasa

Cara Membuatnya:

Semua bahan tadi dicincang terlebih dahulu sehingga lumat. Masukkan ikan ke dalam satu bekas. Kemudian masukkan semua bahan-bahan yg telah dicincang tadi ke dalam bekas yg disediakan.

Campurkan air limau, gula, sos ikan mengikut cita rasa tuan/puan. Kemudian kukus ikan tersebut lebih kurang 10 minit atau sehingga ikan masak. Hidang ketika masih panas.