Make your own free website on Tripod.com

 

Kek Kaya Bangkok

  

Bahan untuk kek:

  • 5 biji kuning telur gunakan 3 biji putihnya
  • 75 gm gula
  • 50 gm tepung gandum
  • 25 gm tepung jagung
  • 1 sudu besar Quick 75
  • 25 gm air sejuk
  • 50 gm mentega cair
  • Baking powder

Cara Membuatnya:

Campurkan telur, gula, tepung, air, baking powder serta Quick 75. Setelah diputarkan adunan tersebut selama 10 minit kemudian masukkan mentega cair sambil dikacaukan hingga rata.

Alaskan acuan dengan kertas minyak kemudian sapukan dengan mentega kemudian tuangkan adunan ke dalamnya dan dibakar selama 15 minit.

Bila telah masak boleh diangkat keluar serta sejukkan kek sementara menyiapkan lapisan agar-agar.

Bahan Lapisan Agar Agar:

  • 1 bungkus serbuk agar-agar
  • 150 gm gula
  • 600 gm air
  • Sedikit Coffee Oil

Cara Membuatnya:

Bahan bahan diatas dicampurkan bersama kemudian dimasak hingga mendidih setelah itu masukkan Coffee Oil sambil dikacau dan dituang ke dalam acuan empat persegi dan disejukkan.

Bahan untuk lapisan kaya:

  • 1 bungkus serbuk agar-agar
  • 150 gm gula
  • sudu teh garam
  • 650 gm santan kelapa
  • 50 gm tepung jagung
  • 125 gm susu cair

Cara Membuatnya:

Campurkan semua bahan bahan diatas kemudian masaklah sehingga mendidih dan sebati setelah itu diangkat dan tuangkan kedalam acuan empat persegi dan disejukkan.

Kemudian lapiskan kesemua adunan ini, letakkan agar agar santan diatas lapisan agar agar kopi kemudian letakkan di lapisan atas sekali dengan kek. Setelah itu sejukkan sehingga cukup keras.