Make your own free website on Tripod.com

 

Kek Marble

 

Bahan Bahannya:

  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula halus
  • 3 cawan tepung
  • 1 sudu teh baking powder
  • 5 biji telur
  • Sedikit esen vanila
  • 3 jenis warna
  • Sedikit bancuhan susu tepung

Cara Membuatnya:

Pukul mentega dengan gula sehingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil digaulkan lagi. Masukkan tepung gandum serta esen wanila dan baking powder ke dalam adunan mentega. Jika adunan terlalu keras bolehlah ditambahkan bacuhan susu tepung secukup lembut.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian kemudian warnakan tiap-tiap satu dengan esen pewarna. Setelah itu tuangkan berlapis lapis adunan itu mengikut warna masing masing ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit mentega.

Bakar adunan selama 35 - 45 minit.