Make your own free website on Tripod.com

 

Kek Sari Buah Buahan

 

Bahan Bahannya:

  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • cawan mentega
  • cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 biji limau manis diparut kulitnya
  • cawan bancuhan susu tepung
  • secubit garam

Cara Membuatnya:

Pukul gula dengan mentega hingga kembang, masukkan telur sambil digaulkan lagi hingga sebati. Setelah itu masukkan tepung, garam dan parutan kulit limau manis ke dalam adunan mentega serta sedikit esen vanila.

Jika adunan agak keras tuangkan bancuhan susu tepung tadi sambil gaulkan adunan supaya cukup lembut. Masukkan adunan ke dalam acuan kertas dan bakarlah adunan ini sehingga masak untuk selama 15 - 20  minit.