Make your own free website on Tripod.com

 

Kek Seri Moden

 

Bahan Bahannya:

  • 3 biji telur yang disejukkan di dalam peti sejuk
  • 3 biji kuning telur
  • 75 gm gula
  • 50 gm tepung gandum
  • 25 gm tepung jagung
  • sudu teh baking powder
  • 25 gm ovalette
  • 50 gm mentega dicairkan dalam ketuhar

Cara Membuatnya:

Pukul telur yang telah disejukkan dan kuning telur serta gula hingga kembang. Setelah itu masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan ovalette sambil dikacau hingga rata. Kemudian masukkan mentega yang telah dicairkan sambil digaul lagi hingga sebati.

Siapkan loyang pembakar. Alaskan dengan kertas minyak yang disapukan sedikit mentega. Setelah itu tuangkan adunan tadi dan bakarlah sehingga masak kira kira 15 minit.

Bahagian Lapisan Agar Agar Coklat:

Bahan Bahannya:

  • 1 bungkus agar agar Swallow
  • 150 gm gula
  • 600 gm air sejuk
  • 2 sudu teh pewarna coklat

Cara Membuatnya:

Masak agar agar dengan gula dan air sehingga hancur dan mendidih. Tambahkan pewarna coklat kemudian tuangkan ke dalam loyang yang sama saiznya dengan dulang pembakar kek tadi. Biarkan sejuk.