Make your own free website on Tripod.com

 

Nasi Ayam

 

Bahan Bahannya:

  • Seekor ayam
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Lobak asin
  • Lada merah
  • Kicap
  • Daun saderi, salad, tomato buah, timun, daun pandan
  • Sedikit marjerin

Cara Menyediakan:

Ayam di rebus dengan seperiuk air bersama halia dan garam hingga mendidih.

NASI:

Masak nasi dengan air rebusan ayam mengikut sukatan harian, kemudian dibubuh halia yg di hiris, garam, bawang besar di mayang sebelah, bawang putih di mayang 2 ulas, daun pandan dan sedikit marjerin.

KUAH SUP :

Air rebusan ayam di campur lobak asin dan bawang besar di mayang, sedikit gula, bawang putih seulas di mayang dan sedikit ajinomoto.

AIR LADA :

Cili hidup 5 biji, bawang putih 5 ulas, sedikit halia, gula dan garam, cuka di blender.

AYAM :

Ayam yang telah direbus tadi di perap dengan kicap selama jam, kemudian di goreng.