Make your own free website on Tripod.com

 

Pizza Daging


 
Bahan Bahan Untuk Roti:
  • 1 lb gandum
  • 15 Grm margerin/ butter
  • 1 cam teh garam
  • 400 ml air suam
  • 1 cam teh gula
  • 2 cam teh yis kering (Mauripan)

Cara Membuatnya:

Gaulkan gula, yis kering (mauripan) dan garam dengan gandum. Kemudian gaulkan gandum tadi dengan margerin/ butter sehingga berwarna kuning-kuningan.

Tuangkan air suam kedalam campuran, uli sampai lembut dan masukkan ke dalam bekas. Perap sampai ia naik 2 kali ganda.

Bahan Bahan Untuk Inti:

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 tin cendawan butang (tin)
  • 1 tin jagung manis
  • 1 tin kacang panggang
  • 1 tin kacang peas
  • 5 ketul daging burger
  • Sedikit daging segar (fresh meat)
  • Daun bawang dan daun saderi
  • Rempah kari daging.
  • Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara Membuatnya:

Tumiskan rempah kari dengan minyak, kemudian masukkan daging segar dan daging burger, biarkan sampai separuh masak. Campurkan cendawan yang telah dipotong empat, kacang  peas, jagung manis, kacang panggang.

Masukkan sedikit garam, serbuk perasa biarkan sehingga masak, sebelum diangkat masukkan daun bawang   dan daun saderi.
**Jika suka boleh tambah daun OREGANO kering untuki bau pizza sebenar.
 
Bahan Bahan Alas:

  • Keju Mozarella (ketul)   - diparut
  • Keju Chessedale( ketul) - diparut
  • Tomato - dipotong melintang
  • Cili merah.

Proses Pembakaran:

Taburkan keju Cheesedale bahagian bawah, lapiskan inti bahagian atasnya. Akhir sekali lapiskan keju mozarella pada bahagian yang paling atas. Bakar dalam ketuhar selama 8 - 10 minit.

Jika gunakan ketuhar biasa, bakar selama 45 minit sampai keju itu cair. Hiaskan dengan tomato dan bakar lagi selama 30 saat.